Selamat Datang ke Blog Saya !
Trip ke Kampung Makam, Kota Tinggi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya mengikuti trip ke Kota Tinggi. Secara lazimnya, Kota Tinggi sebenarnya bukanlah tempat yang asing bagi saya kerana ia merupakan kampung halaman saya. Kota Tinggi juga boleh dikategorikan sebagai rumah kedua saya kerana kami sekeluarga kerap pulang ke kampung pada cuti sekolah untuk melawat nenek, tetapi apakah yang membuatkan saya teruja untuk menyertai trip ini? Mana tidaknya, Kota Tinggi pun sudah jemu melihat muka saya. Antara sebab mengapa saya sangat teruja untuk menyertai trip ini adalah kerana tempat yang akan kami lawati adalah Kampung Makam. Hal ini adalah kerana saya tidak pernah mengetahui di manakah terletaknya Kampung Makam walaupun ianya merupakan antara perkampungan di Kota Tinggi. Hal ini disebabkan kampung halaman saya terletak agak jauh dari perkampungan tersebut iaitu di Kampung Seluyut.
Mendengar nama kampung tersebut sahaja sudah menarik bukan? Sebab itulah saya sangat teruja untuk menyertai trip ini. Saya menyertai trip ini bersama 11 orang rakan saya yang lain yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan. Kami diuruskan oleh Puan Maziah dan suaminya iaitu Encik Ariffin selaku penjaga kami ketika di sana. Puan Maziah dan Encik Ariffin merupakan ibu bapa kepada salah seorang peserta trip ini. Mereka jugalah yang menganjurkan trip ini. Kami hanya perlu membayar RM50 untuk trip ini yang berlangsung selama tiga hari dan dua malam. Trip ini berlangsung pada 21 November hingga 23 November 2019.
Kenderaan kami untuk ke Kota Tinggi.
Kami bertolak daripada MRSM Tun Dr. Ismail pada hari khamis, 9.00 pagi menaiki sebuah van. Kami dibawa oleh Puan Maziah dan suaminya menuju ke destinasi yang ingin dituju. Setelah 30 minit perjalanan, saya lena dibuai mimpi di dalam perut kereta. Maklumlah, saya seorang yang senang terlena apabila menaiki kenderaan. Setelah hampir dua jam van dipandu, kami pun tiba di Kampung makam, Kota Tinggi, Johor pada pukul 10.45 pagi. Lokasi pertama yang kami lawati adalah tempat penginapan . Kami diberikan sebuah bilik yang selesa untuk berehat dan menginap sepanjang tempoh trip ini berlangsung. Manakala pelajar lelaki tinggal di homestay yang berdekatan dengan tempat penginapan kami.
Bilik yang disediakan sebagai tempat penginapan kami.
Tandas yang disediakan berdekatan dengan bilik.
Selepas meletakkan beg di dalam tempat penginapan, tanpa melengahkan masa, kami terus menuju ke lokasi yang seterusnya iaitu Makam Laksamana Bentan dan makam isterinya, Dang Anum. Oleh kerana lokasi makam tersebut tidak jauh daripada tempat penginapan kami maka ia tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi tersebut.
Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan, siapakah Laksamana Bentan dan Dang Anum? Saya pasti ada dikalangan pembaca yang pernah mendengar nama tersebut tetapi di mana ya? Mari saya ceritakan serba sedikit kisah hidup Laksamana Bentan atau nama sebenarnya adalah Megat Seri Rama dan Dang Anum secara ringkas. Sebenarnya, Dang Anum merupakan isteri kepada Laksamana Bentan yang sedang sarat mengandung pada suatu masa dahulu. Pada suatu hari, Dang Anum pergi bertemu penghulu kebun Sultan yang membawa sebuah nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudiannya meminta seulas nangka kerana terlalu mengidam. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap, alangkah terkejut dan murkanya baginda apabila menyedari bahawa nangkanya diusik orang. Maka, Dang Anum pun ditangkap dan dibelah perutnya dan menyebabkan kematian kepada sang ibu dan anak meninggal dunia. Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan yang cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Laksama Bentan pun pulang ke rumah untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya dengan harapan yang tinggi. Namun, ada yang bergolak di hatinya. Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaannya. Dia hanyut dibawa arus resah setelah seharian mencari isterinya yang kian menghilang. Perasaannya didera kebimbangan. Akhirnya, dia mendapat berita buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati dibunuh oleh Sultan. Setelah mendapat tahu isteri dan anaknya telah mati dibunuh, hatinya hancur bagaikan kaca yang terhempas ke batu. Hatinya luluh diselaputi beribu pilu. Oleh kerana kebenciannya terhadap Sultan terperi jelas dalam ingatannya, Laksamana Bentan bertekad untuk membalas dendam atas kematian isterinya yang tercinta. Tepat pada hari Jumaat ketika Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang, alangkah terkejutnya baginda kerana Laksamana Bentan berdiri sambil menghalang perjalanan baginda. Tanpa membuang sebarang waktu, Laksamana Bentan terus menikam Sultan menggunakan kerisnya. Sebelum Sultan menghembuskan nafasnya yang terakhir, baginda sempat menikam tapak kaki Laksamana Bentan menggunakan keris dan bersumpah bahawa ujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi. Secara tiba-tiba, Laksamana Bentan memuntahkan darah dan akhirnya mati.
Makam Laksamana Bentan.
Makam Dang Anum.
Kami diberitahu oleh Encik Hassan, individu yang menjaga kebersihan dan kelestarian kawasan ini bahawa batu nisan yang ditanam disitu bukanlah batu nisan yang sebenar. Hal ini adalah kerana batu nisan yang sebenar telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan sehinnga hari ini, masih tiada sumber yang dapat memastikan kedudukan makam Laksamana Bentan dan Dang Anum yang sebenar tetapi masyarakat tempatan lebih mempercayai kubur yang dikelilingi pagar merupakan kubur Laksamana Bentan dan yang tidak dikelilingi pagar merupakan kubur isterinya.
Encik Hassan memberikan keterangan tentang makam tersebut.
Batu yang tertulis maklumat tentang makam tersebut dalam pelbagai bahasa.
Kami membaca maklumat tentang makam tersebut dengan terperinci.
Selepas selesai melawati Makam Laksamana Bentan dan Dang Anum, kami pergi ke lokasi yang seterusnya iaitu Makam Tohid. Makam Tohid merupakan tempat dimana para laksamana dan panglima dimakamkan. Kawasan Makam Tohid dikelilingi oleh tembok yang besar dan tebal yang diperbuat daripada kulit kerang dan telur. Tembok tersebut dipercayai telah dibina sejak zaman Sultan Mahmud Syah II dahulu. Tembok tersebut dijadikan kawasan pertahanan dan perlindungan daripada musuh yang datang menyerang. Walaupun tembok ini dipercayai sudah dibina sejak 500 tahun yang lalu, tembok ini masih kukuh dan tidak reput.
Gambar tambahan
Makam laksamana yang diletakkan di dalam kawasan bertembok tebal.
Kami sempat menangkap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.
Tembok besar sebagai dihadapan sebagai simbol pintu masuk.
Terdapat sebuah rumah antik yang diperbuat daripada kayu. Saya begitu kagum melihat nilai estetika rumah kayu tradisional tersebut. Rumah tersebut kelihatannya sudah lama dibina tetapi masih cantik dan berkilat. Kehadirannya di situ menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rumah itu lalu saya pun bertanya kepada Encik Hassan tentang rumah misteri tersebut. Saya merenung mata Encik Hassan dengan seliran tanda tanya dan perasaan ingin tahu yang amat tinggi.
Encik Hassan berkata rumah tersebut dulunya, dipercayai sebagai tempat tinggal Dang Anum dan suaminya, Laksamana Bentan. Tahun dem tahun, generasi daripada keturunan Dang Anum akan betapak di rumah tersebut bagi mengekalkan kelestrarian rumah antik tersebut. Mereka jugalah yang memastikan nilai estetika rumah tersebut tidak mati ditelan zaman.
Gambar yang diambil berlatarkan Rumah Dang Anum.
Gambar tambahan.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kami ke lokasi yang seterusnya iaitu ke Makam Sultan Mahmud Syah II. Sultan Mahmud Syah II dimakamkam di kawasan para pemerintah Johor Riau yang terdahulu. Makam-makam tersebut dijaga rapi di dalam sebuah bangunan yang diukir dengan seni ukiran Islam yang kebiasaannya terdapat di sesebuah masjid. Saya amat kagum dengan seni ukiran diluar bangunan yang diukir secara teliti dan sangat kemas. Bagi memasuki bangunan tersebut anda perlulah membuka kasut agar tidak mengotorkan bahagian dalam bangunan.
Bahagian luar bangunan makam Sultan Mahmud Syah II.
Tempat Makam Sultan Mahmud Syah II dimakamkan.
Senarai nama pemerintah Johor Riau yang dimakamkan di sini.
Bahagian luar kawasan makam secara lebih dekat.
Kami bergambar di pintu masuk bangunan.
Kami sempat bergambar di kawasan luar bangunan.
Kami sempat bergambar di papan tanda yang berada di luar pintu.
Diluar bangunan Makam Sultan Mahmud Syah II, terdapat satu kubur kecil yang menarik perhatian saya. Kami diberitahu oleh Encik Hassan bahawa ia merupakan kubur kucing kesayangan Sultan Mahmud Syah II yang diberi nama Si Comel atau lebih dikenali sebagai Kucing Bertanduk. Khabarnya, gelaran Kucing Bertanduk itu diberikan kepada kucing tersebut kerana ingin menggambarkan sebuah peristiwa bahawa Si Comel menunggu kepulangan tuannya , Sultan Mahmud Syah II yang telah mangkat dalam tempoh yang sangat lama sehingga mengeluarkan tanduk.
Kubur kucing kesayangan Sultan Mahmud Syah II.
Tanpa melengahkan masa, kami pun bergegas menuju ke destanasi seterusnya. Sinaran lampu neon menghiasi pinggir jalan. Kenderaan yang lalu- lalang tidak kurang derasnya. Setelah 20 minit berada di dalam van, kami pun tiba di sebuah destinasi iaitu Muzium Kota Johor Lama. Muzium Kota Johor Lama ini terletak agak jauh daripada Makam Sultan Mahmud Syah II.
Kami bergambar di hadapan pintu masuk Muzium Kota Johor Lama.
Bangunan Muzium Kota Johor Lama dari bahagian luar.
Batu yang tertulis maklumat tentang Muzium Kota Johor Lama.
Setibanya kami di muzium tersebut, kami tidak boleh mengambil gambar atau video atas sebab - sebab yang tertentu. Muzium tersebut dijaga oleh seorang pengawal keselamatan. Di bahagian dalam muzium pula terdapat seorang lelaki yang menerangkan tentang sejarah Kota Tinggi dan artifak-artifak peninggalan berabad-abad tahun yang lalu. Di dalam muzium tersebut juga banyak memaparkan gambaran pemerintahan Johor Riau pada zaman dahulu.
Selepas melawati Muzium Kota Johor Lama, kami mengambil beberapa keping gambar bersama memandangkan kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar atau video ketika di dalam muzium.
Kami bergambar di luar muzium.
Gambar tambahan.
Selesai melawati Muzium Kota Johor Lama, kami singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat zohor. Sesibuk manapun kita dengan urusan dunia, janganlah sekali-kali kita meninggalkan solat lima waktu kerana itu adalah kewajipan kita sebagai hambaNYA. Jam menunjukkan pkul 3.00 petang. Setelah selesai menunaikan solat fardhu, kami terus menuju ke lokasi yang seterusnya iaitu ke restoran yang terletak di Jeti Teluk Sengat. Memandangkan rojak mee merupakan menu yang sangat istimewa di Kota Tinggi, kami tidak melepaskan peluang untuk mencubanya apatah lagi apabila sudah berada di Kota Tinggi. Bak kata pepatah " alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."
Kami menikmati hidangan sambil menikmati pemandangan yang indah.
Kami bergambar di jeti Teluk Sengat
Selesai menjamu selera, kami menemani Puan Maziah dan Encik Ariffin membeli pelbagai jenis lauk- pauk untuk dimasak pada keesokan harinya. Oleh kerana pemandangannya yang amat cantik dan tenang, kami tidak melepaskan peluang unrtuk menangkap beberapa keping gambar.
Kami mengambil gambar di Jeti Nalayan Kampung Makam.
Gambar tambahan
Setelah selesai ke Jeti Nelayan Kampung Makam, kami dibawa pulang ke tempat penginapan untuk menyiapkan diri bagi program yang akan berlangsung pada malam hari.
Usai solat fardu maghrib, kami bersiap sedia untuk pergi ke lokasi yang seterusnya. Tepat jam 8.00 malam, kami dibawa menaiki van ke Sungai Kota Tinggi bagi melihat kunang-kunang. Entah mengapa, hati sayabagai dirempuh badai kebimbangan kerana ini merupakan kali pertama saya merentasi sungai. Mungkin kerana saya terlalu bimbang dan gementar untuk menaiki bot kecil yang akan merentasi sungai besar Kota Tinggi pada malam yang sepi ini tetapi pada masa yang sama. Jadi, saya menjadikan ianya sebagai satu cabaran kepada diri saya untuk mencuba perkara yang baharu.
Terdapat banyak peraturan yang perlu kami patuhi ketika di dalam bot antaranya, kami tidak boleh meletakkan tangan kami didalam sungai ketika bot sedang bergerak. Kedua, kami tidak boleh membuka sebarang bahan api seperti telefon bimbit kerana dikhuatiri kunang-kunang tidak akan kelihatan apabila bertemu dengan cahaya luar. Kami juga diarahkan supaya mengenakan jaket keselamatan agar dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Gambar yang sempat diambil ketika di atas bot.
Sunagi Kota Tinggi.
Gambar yang diambil ketika bot berhenti.
Selepas tamat aktiviti tersebut, kami naik ke darat mengambil beberapa keping gambar di kawasan Sungai Kota Tinggi yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Tinggi.
Gambar beramai-ramai setelah naik ke darat.
Gambar pelajar perempuan.
Selesai menangkap beberapa keping gambar, kami berjalan sambil mengambil angin di Bandaraya Kota Tinggi. Secara kebetulan, terdapat sebuah taman Dinosour yang baru dibuka. Taman Dinosour itu telah menempatkan pelbagai jenis replika dinasour yang diperbuat daripada span yang lembut dan besi.
Antara replika dinosour di Taman Dinosour.
Gambar kami bersama replika dinosour.
Gambar di dalam replika telur dinosour.
Setelah penat berjalan, kami singgah di sebuah gerai burger untuk mengisi perut yang berkeroncong. Kami memesan sebiji burger setiap seorang dan juga air kordial berperisa sarsi. Kami duduk dan menjamu selera di ruang makan yang telah disediakan di situ.
Kami sempat mengambil gambar ketika sedang menunggu makanan.
Kami bergambar bersama pemilik gerai.
Sesudah kenyang makan, kami berkumpul di dalam van untuk menunggu Encik Ariffin dan Puan Maziah untuk pulang bersama. Selepas memastikan bilangan kesemua ahli cukup, kami bertolak pulang ke tempat penginapan bagi menyiapkan diri untuk tidur dan berehat.
Keesokan paginya, sebelum memulakan sebarang aktiviti, kami bersarapan pagi bersama-sama. Pada pagi ini, kami akan ke Masjid Kampung Makam yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami bagi menghulurkan tangan membantu melakukan persiapan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada belah petang nanti.
Saya membantu membungkus makanan.
Suasana ketika persiapan Majlis Maulidur Rasul.
Selepas selesai membantu, kami dihidangkan lauk- pauk yang lazat seperti nasi beriyani, kambing masak kari, dan ayam masak merah. Kami makan bersama empat orang sedulang. Kami makan dengan penuh berselera dan menghabiskan hidangan tersebut tanpa meninggalkan sebutir nasi.
Kami makan dalam satu dulang yang sama.
Makanan yang dihidangkan yang sedang dimakan.
Gambar tambahan.
Selepas selesai makan, kami bersalaman dengan masyarakat setempat Kampung Makam dan memint adiri untuk pulang ke tempat penginapan. Setibanya di tempat penginapan, kami beehat sebentar dan membersihkan diri. Selepas satu jam, kami pergi ke bahagian dapur untuk membantu Puan Maziah dalam menyediakan hidangan istimewa untuk malam ini. Kami menolong Puan Maziah untuk menyiang ikan dan membersihkan ketam. Kami juga turut membantu Puan Maziah menyediakan rempah ratus yang sesuai untuk diperap bersama lauk pauk tersebut.
Kami membantu Puan Maziah membersihkan ketam didapur.
Jam tepat menunjukkan pukul 6.00 petang. Kami bergegas mengangkat kaki untuk ke bilik bagi menyiapkan dan membersihkan diri bagi menghadiri jamuan malam nanti. Bersempena dengan malam terakhir kami di sini, Puan Maziah dan Encik Ariffin menyediakan makanan yang amat istimewa iaitu shell out. shell out merupakan kumpulan hidangan-hidangan laut antaranya ketam, udang, ikan dan kupang. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan menu hidangan ayam bakar.
Kami melakukan persiapan untuk menyediakan makanan bersama.
Gambar tambahan.
Pelajar lelaki membakar ayam dan memanggang ikan.
Ada yang ditugaskan untuk menghidangkan makanan.
Makanan siap dihidangkan berlapikkan daun pisang.
Kami menjamu semua hidangan yang disediakan.
Gambar tambahan.
Kenyang menjamu kesemua hidangan, kami dibawa ke Jambatan Gantung Kota Tinggi untuk menghirup udara segar pada malam hari sambil menikmati pemandangan air sungai dari atas. Kami juga tidak melepaskan pelung untuk mengambil gambar semasa berada di atas jambatan tersebut.
Gambar yang sempat diambil ketika di atas jambatan gantung.
Ganbar tambahan.
Selesai mengambil gambar, kami pun pulang ke tempat penginapan untuk tidur dan berehat bagi mendapatkan rehat yang cukup untuk menjalani aktiviti pada hari yang berikutnya.
Pada keesokan harinya, kami bertolak dari tempat penginapan ke lokasi yang kedua terakhir iaitu Muzium Kota Tinggi. Lokasi muzium tersebut tidak jauh daripada tempat penginapan kami. Jadi, ia tidak mengambil masa yang lama untuk tiba di sana.
Setibanya di dalam muzium, kami diringi oleh seorang pekerja muzium yang ditugaskan untuk membantu menerangkan kepada kami tentang sejarah dan asal usul Kota Tinggi. Kami juga digalakkan untuk menanyakan sebarang soalan terhadap kekeliruan tentang sejarah tersebut. Saya berasa sangat teruja kerana dapat menimba ilmu yang baharu.
Kami diberikan penerangan oleh petugas muzium tersebut.
Para pemerintah Kesultanan Melayu Johor dari tahun 1699 hingg 1877.
Contoh senjata pada zaman pemerintahan raja-raja terdahulu.
Artifak peninggalan disusun secara rapi dan teliti di dalam muzium.
Kami bergambar bersama artifak peninggalan berabad tahun lalu.
Selain melihat artifak peninggalan kerajaan yang terdahulu, kami juga berkesempatan untuk melihat dan mempelajari beberapa jenis tengkolok yang diapakai olrh masyarakat terdahulu. Tengkolok yang dipakai oleh setiap masyarakat berbeza mengikut karakter individu tersebut
Pelajar lelaki memakai tengkolok yang disediakan di muzium.
Kami juga sempat mencuba pakaian dan tengkolok tersebut.
Kami bergambar di bahagian hadapan muzium.
Selesai mengunjungi muzium, kami bergegas mengangkat kaki ke lokasi yang terakhir iaitu Air Terjun Kota Tinggi. Ini merupakan detik-detik dan aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Walaubagaimanapun, kami singgah dahulu ke Masjid Kampung Makam untuk menunaikan solat fardhu zohor. Walaupun pada petang tersebut hujan turun renyai-renyai, kami tetap bertekad untuk meneruskan aktiviti kami yang terakhir iaitu mandi-manda di Air Terjun Kota Tinggi. Walaupun cuaca dan air pada waktu tersebut agak sejuk, kami tidak menghiraukannya oleh kerana perasaan teruja yang amat tinggi. Malah, tiada seorang pun antara kami yang meninggalkan kawasan tersebut. Kami semua bermandi-manda dengan gembira bersama-sama sambil bergelak ketawa.
Gambar tambahan.
Kami sempat mengambil gambar bersama.
Kami sedang bermandi manda bersama.
Usai bermandi-manda, kami terus menukar baju yang bersih. Baju tersebut telah kami sediakan sejak kami keluar daripada rumah sebelum ke Muzium Kota Tinggi. Selepas itu, kami pulang ke tempat penginapan untuk mengemas baju-baju dan barang masing-masing untuk dibawa pulang. Setelah selesai solat fardhu asar, kami dihantar ke stesen bas Larkin dan diambil oleh ibu bapa masing-masing. Walaupun saya berasa agak sedih untuk meninggalkan trip ini, tetapi saya berasa sangat beruntung kerana dapat melibatkan diri di dalam program ilmiah seperti ini.
Pada pendapat saya, trip yang diadakan ini bukanlah hanya untuk berseronok tetapi juga dapat mendatangkan ilme yang bermanfaat kepada saya. Selain itu, saya juga merasa gembira kerana dapat mengumpul banyak pengalaman-pengalaman baharu.
Melalui penulisan blog saya pada kali ini, saya dapat mengekalkan kelestarian dan nilai estetika sesetengah bangunan di Bandaraya Kota Tinggi dengan berkongsi pengalaman dan gambar-gambar yang menarik untuk memberikan impak yang besar kepada para pembaca. Sebagai contoh, dari aspek bangunan bersejarah iaitu Rumah Dang Anum. Saya ingin memperkenalkan rumah tradisional ini kepada pelancong kerana rumahyang berkonsepkan tradisional moden ini kian dilupakan dari zaman ke zaman oleh kerana faktor konsep perumahan moden pada zaman kini.
Sekian sahaja blog saya untuk hari ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca !
Wahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
DeletePerkongsian yang amat menarik !
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
DeletePerkongsian yang menarik!
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
DeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca. Saya berharap agar anda menjadi blogger berjaya pada masa akan datang
ReplyDeleteTerima kasih atas doa. Aamiin.🤗🤗
DeleteWah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.Saya juga tidak sangka di johor juga ada tempat bersejarah sepertu ini dan berharap dpt pergi mengetahui sejarah johor dengan lebih mendalam.
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
DeleteWahh!!menariknya blog yang anda hasilkan������..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
DeleteBlog ini banyak memberikan saya sebanyak sedikit maklumat mengenai Kota Tinggi. Banyak tempat yang menarik di Kota Tinggi yang membuatkan saya teringin untuk melawat kesana. Penulisan anda juga sangat menarik. Terima kasih 😊😊
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
Deletewahhh perkongsian yang sangat menarik! Teruja saya membaca blog awak. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini :))
ReplyDeleteTerima kasih atas respon anda.😊
DeleteBlog anda sangat bagus dan menarik perhatian.Saya berharap agar dapat menulis blog sehebat awak juga pada masa akan datang.
ReplyDeleteMenarik blog awak ini ! Awak telah memperkenalkan sedikit sebanyak sejarah. SYABAS !!
ReplyDeleteWah! Seronoknya melihat pengalaman anda bercuti bersama rakan-rakan🤩 Saya berharap suatu hari nanti saya dapat menikmati seperti pengalaman yang anda kongsikan.
ReplyDeletePercutian yang menarik.Blog ini membantu menambahkan lagu maklumat tentang Kota Tinggi.Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda.
ReplyDeleteblog yang sangat menarikk
ReplyDeleteWahh! Blog ini sangat manarik serta dipenuhi dengan cerita cerita yang mengujakan! Harap anda akan menjadi blogger terkenal pada masa akan datang! Tahniahh!
ReplyDeletemenarik sungguh blog saudari ,tentu seronok dapat bercuti dengan rakan-rakan
ReplyDeleteMenariknyaa!! Terima kasih kerana berkongsi pengalamann!! Bolehlah nanti saya kunjungi tempat ini pada masa akan datanggg
ReplyDeleteWah! Vlog menarik dan pengalaman yang banyak sekali untuk anda, nampaknya saya perlu ke Kampung Makam sendiri untuk merasai pengalaman anda melalui penulisan blog ini
ReplyDeleteWahh!! Blog awak sangat menarik. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteUwahhh, menarik sungguh perkongsian awak!!! seronok betul nampaknya dapat berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan :D
ReplyDeleteSaya sangat teuja membaca blog anda kerana gambar yang anda ambil semuanya cantik-cantik belaka. Doakan saya juga agar dapat ke sana suatu hari nanti.👍🏻
ReplyDeleteWah!!Blog yang menarik dan mempunyai maklumat yang berguna.Setelah membaca blog ini,saya tertarik untuk kesana.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik! Percutian awak bersama rakan-rakan pasti sangat menyeronokkan✨
ReplyDeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.😊
DeleteBlog ini sangat kreatif dan menarik. Teruja saya membacanya. Terima kasih kerana berkongsi. Pastinya pengalaman yang tidak boleh dilupakan bersama rakan-rakan.
ReplyDeleteblog yang sangat menarik dan membuatkan saya bersemangat untuk pergi ke tempat-tempat tersebut
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat penulis bahawa rumah yang berkonsepkan tradisional ini kian dilupakan dari zaman ke zaman oleh kerana faktor konsep perumahan moden pada zaman kini. Semoga dengan usaha penulis untuk memperkenalkan rumah tradisional ini dapat membuka mata kepada orang awam dalam mengekalkan tradisi turun-temurun ini
ReplyDeletePerkongsian oleh saudari Fiffy amat menarik🤩
ReplyDeleteWau terbaik la percutian ini
ReplyDeletePercutian anda terluang bersama rakan-rakan dan ianya memberi banyak kelebihan! Blog yang sangat menarik.
ReplyDeletewahhhhh goodjob fifi !
ReplyDeletePenulisan blog yang menarik !
ReplyDeleteSangat berinformasi,menarik gambar2 yg dikongsikan.. Terbaekk
ReplyDeleteWah!,Blog kamu sangat menarik
ReplyDeleteInfo dan gaya penulisan yang amat menarik.
ReplyDeleteIlmu yg baharu bagi saya walaupun saya berasal dari Kota Tinggi tapi masih belum tahu keseluruhan tentang sejarah Kota Tinggi. Thank you sweet blogger.
ReplyDelete😍
DeleteWah menarik pengalaman kamu, Fiffy
ReplyDeleteamat menarik blog saudari ini
ReplyDeletesangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca
ReplyDeleteWahh sungguh menarik perkongsian awak Fiffy :D Percutian bersama rakan-rakan pasti menyeronokkan.
ReplyDeleteWah sangat menarik dan menakjubksn perkongsian yg amat bermakna
ReplyDeleteWahh bestnyaaa, fiffy berjalan-jalan di sana.. dapatlaa juga menambah ilmu pengetahun tentang sejarah johor lama😍😍.. harap trip yg seterusnya lebih menarik dan menyeronokkan.. hurayy thanks sbb mmberi perkongsian fiffy.. keep it up !!
ReplyDeleteWah! Seronoknya apabila dapat bercuti sambil belajar apatah lagi bersama rakan-rakan. Terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu ini.
DeleteWah..tahniah fiffy..berjaya sampaikan cerita..sampai aunty pun terpanggil nak pergi tempat-tempat ni..nanti habis Covid19 ni boleh la berkunjung ke tempat-tempat menarik ni..tak pernah sampai lagi..hihi..tahniah fiffy..teruskan menulis ye..selamat maju jaya.. 😊😊
ReplyDeleteBlog awak sungguh cantik.Awak telah membuatkan saya tertarik untuk membaca blog awak.Tambahan pula perkongsian awak juga menarik.
ReplyDeleteWah! Seronoknya, sangat menarik dan saya dapat merasakan keseronokkan tersebut kerana kampung sya juga di Kota Tinggi. Tahniah diucapkan. Tahniah juga kepada pengurus pengembaraan ini.
ReplyDeleteWow..menarik kampung seluyut..
ReplyDeleteMesti bestkan Fifi
wahhh! Seronoknya melihat saudari mengembara bersama kawan-kawan! saya agak cemburu kerana tidak dpt bersama ketika itu! perkongsian aktiviti yang amat menarik! penggunaan ayat yg terperinci dan penerangan sejarah yg amat menarik! saya pasti akan kesana juga suatu hari nanti! terima kasih FIFFY! TAHNIAH! SEMOGA TERUS BERJAYA👍❤
ReplyDeleteSejarah tak pernah mati, semoga berjaya menelusuri sejarah2 yang ada di dunia ini♥️♥️
ReplyDeletesungguh menarik sekali perkongsian saudari fiffy ini.ini akan membuatkan pembaca semakin tertarik untuk pergi ke sana.
ReplyDeleteSunghuh percutian penulis begitu menarik perhatian saya.! Bukan sahaja menghunakan gaya yang santai malah penceritaan penulis tentang sejarah dan lagenda yang berlaku begitu menarik perhatian saya. Saya berhasrat untuk turut berkunjung kesini suatu hari nanti bagi merasai sendiri pengalaman dan belajar sejarah di negeri kelahiran saya ini. Saya bersyukur kerana membaca blog ini kerana dapat mengetahui di sini.
ReplyDeletePercutian yang menyeronokkan . Saya seronok membaca blog kamu . Tambahan pula , blog kamu amat menarik dan kreatif . Syabas !
ReplyDeleteWah! Seronoknya anda disana. Saya juga mahu kumpul banyak pengalaman seperti anda. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang menarik dan kreatif
ReplyDeleteMaklumat yang cukup lengkap , jelas dan menarik. Saya suka membacanya . Anda memang kreatif
ReplyDeleteKupasan yang menarik tentang tempat yang dilawati. Blog sebegini mampu memberi penangan yang besar kepada rakyat Johor sendiri. Selain daripada membuka mata masyarakat tentang sejarah Kota Tinggi, blog ini mampu menarik pelancong untuk berkunjung ke Johor. Selamat Maju Jaya!!
ReplyDeletePercutian yang sangat menarik..Saya berasa ingin pergi ke sana juga kerana pemandangan di sana sungguh indah.
ReplyDeleteBanyak ilmu baru yang dapat saya perolehi ketika membaca blog anda. Pengalaman yang sangat indah dikongsikan bersama. Terima kasih atas perkongsian anda. 😁
ReplyDeleteInfo yang sangat padat . Blog anda penuh dengan segala maklumat berkenaan sejarah yang pada saya elok untuk dikongsikan agar generasi akan datang dapat mengenali dengan lebih lagi tentang sejarah Kota Tinggi.
ReplyDeletePenceritaan blog yang sangat menarik. Penulis menceritakan pengalamannya dengan bagus sehingga saya berasa ingin ke sana sendiri. Penulis juga banyak jelaskan tentang sejarah yang berada di tempat tersebut dan ini sangat baik untuk pembaca. Blog ini juga memaparkan gambar-gambar sepanjang lawatan penulis. Tahniah kerana menghasilkan blog yang bermanfaat kerana penuh dengan ilmu dan sejarah. :D
ReplyDeleteWah, saya berasa sungguh teruja apabila membaca blog saudari! Perkongsian pengalaman bercuti bersama rakan-rakan sungguh menarik. Terima kasih atas perkongsian kamu Fiffy. Saya berharap saya dapat menjejaki kaki ke sana suatu hari nanti :D
ReplyDeleteSelepas saya membaca blog saudari saya sangat teruja dengan sejarah yang ditulis dan lampiran gambar yang saudari berikan.Ianya banyak membantu dalam menambah ilmu pengetahuan sejarah saya.
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan dan diceritakan dinyatakan seronok sekali pengembaraan bersama rakan-rakan serta blog ini juga menceritakan sejarah di Kota Tinggi . Syabas !
ReplyDeleteSaya berasa kagum kerana saudari mampu menghasilkan blog secantik ini! Infonya juga sangat menarik dan padat. Saya dapat menimba banyak ilmu daripada blog ini. Syabas buat saudari!
ReplyDeleteBagus saudari. Anda telah menghasilkan sebuah blog yang dipadatkan dengan fakta sejarah serta pengalaman saudari melancong di Kota Tinggi. Selain itu, saudari juga sangat teratur dalam penyusunan imej dan huruf dalam blog ini. Kegembiraan yang saudari alami turut juga saya rasai dengan membaca blog yang dramatis ini. Mantap saudari!
ReplyDeleteBlog yang dihasilkan oleh Fiffy sangat cantik, ini juga menunjukkan yang dia menikmati dan sambil itu belajar ketika aktiviti sekolah dim luar.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik! Percutian awak bersama rakan-rakan pasti sangat menyeronokkan✨ Perkongsian anda membuatkan saya ingin merasai pengalaman ke sana.Terima kasih atas perkongsian anda yang sangat berguna dan menarik.
ReplyDeleteWah seronoknya percutian saudari ke tempat bersejarah bersama rakan-rakan.Blog saudari meriah kerana banyak gambar aktiviti yang saudari lakukan bersama rakan sangat menyeronokkan.
ReplyDeletePenulisan blog saudari Fiffy amat menarik! Saya yakin ramai pelancong akan tertarik dengan tempat yang dilawati.
ReplyDeletePenulisan blog yang sangat kreatif. Blog yang dihasilkan juga sangat menarik. terima kasih dan tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini.
ReplyDeleteWah! Menariknya percutian awak. Untung awak dapat bercuti bersama rakan-rakan di Kota Tinggi semasa cuti sekolah. Saya juga ingin merasakan pengalaman seperti awak. Selain itu, percutian awak sangat bermanfaat. Banyak perkara yang awak telah pelajari. Tidak sia-sia percutian awak. Syabas! Semoga awak menjadi seorang penulis blog yang berjaya suatu hari nanti.😊👍
ReplyDeleteWah! Menarik sungguh cara anda menyampaikan pengalaman anda selama di Kota Tinggi.Ia sangat terperinci dan mudah untuk difahami.Syabas! :)
ReplyDeleteMenarik sungguh blog saudari , tentu seronok dapat bercuti bersam rakan-rakan. Selepas membaca blog saudari teringin pula saya pergi ke sana. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteWah!sangat menarik blog saudari.Saudari juga meletakkan gambar-gambar yang banyak sebagai panduan pengunjung.Perkongsian saudari juga mudah difahami dan kreatif.Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik ! Saya berasa amat teruja membaca blog saudari. Saya berharap saya juga dapat bercuti di sana nanti.
ReplyDeleteSaya amat menyukai blog saudari kerana kita dapat lihat semangat persahabatan ketika bercuti bersama-sama rakan.
ReplyDeleteSaya sangat terhibur membaca perkongsian pengalaman anda yang sangat berharga ini. Terima Kasih kerana berkongsi pengalaman dengan saya.
ReplyDeleteWah seronoknya awak dapat bercuti sambil belajar tentang sejarah negara kita ! Banyak gambar yang dikongsikan membuatkan saya juga ingin ke sana nanti ;)
ReplyDeleteWah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti
ReplyDeleteMenarik sungguh blog saudari , tentu seronok dapat bercuti bersam rakan-rakan. Selepas membaca blog saudari teringin pula saya pergi ke sana. Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteSaya amat teruja membaca blog anda kerana blog anda mempunyai ayat yang gramatis dan jalan cerita yang menarik. Saya berharap saya dapat bercuti di sana pada suatu hari nanti.
ReplyDeletePerkongsian yang amat menarik dan membuatkan saya rasa seronok ketika membaca blog saudari.Penulisan blog saudari juga sangat mudah untuk dibaca.Terima kasih saudari.
ReplyDeleteTerima kasih atas respon anda.😊
DeleteHebat sungguh pengalaman kamu bersama rakan kamu ketika di sana. Semangat seperti inilah yang kita perlukan di dalam diri anak muda pada zaman kini agar sejarah-sejarah unik di sesuatu tempat itu tidak diperlukan. Terima kasih atas perkongsian ini saudari.
ReplyDeleteTerima kasih atas respon anda.😊
DeleteSaya pasti anda pasti berasa sangat teruja apabila dapat meluangkan masa dengan bercuti bersama sahabat handai.Saya berharap anda meluaskan sedikit sebanyak pengetahuan daripada perjalanan kali ini.
ReplyDeleteSaya berasa sangat seronok ketika membaca blog awak kerana isi yang sangat menarik. Terima kasih di atas perkongsian ^^
ReplyDeleteMenariknya percutian anda. Sudah tentu anda bergembira di sana.Terima kasih kerana sudi bercerita tentang pengalaman anda di sana.
ReplyDeletePenceritaan yang amat menarik sekali dan padat dengan informasi. Terima kasih atas perkongsian saudari
ReplyDeletePenulisan blog yang sungguh menarik sekali. Seronok sungguh tempat - tempat disana. Terima kasih perkongsian info ini.
ReplyDeletewah..tentu seronok dapat mengupas sejarah-sejarah Kota Tinggi .Walaupun saya tinggal di Johor tetapi saya masih tidak tahu mengenai kewujudan muzium bersejarah ini.
ReplyDeleteWah! Pengalaman yang amat manis.Blog yang lengkap serta penggunaan ayat yang gramatis dan seronok untuk dibaca.
ReplyDeleteWah,menariknya blog saudari!!Saya berasa teruja membacanya.Gambar-gambar yang disertakan membuatkan blog anda tampak lebih menyerlah dan menarik.Terima kasih atas perkongsian saudari.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat dan blog yang amat menarik untuk dibaca dengan besertakan gambar-gambar yang cantik dan maklumat yang bagus.
ReplyDeleteWalaupun kampung saya juga di Kota Tinggi.Namun saya tidak pernah ke sana juga.Penulisan dan sangat menarikkk.Saya terhibur
ReplyDelete